Wednesday 24 December 2014

Jawatankuasa Kerja - Fungsi

Jawatankuasa Latihan 5S
  • Menyediakan pelan latihan bagi memupuk kefahaman konsep dan Amalan 5S kepada warga Sektor Pengurusan.
  • Mengenalpasti jenis latihan yang diperlukan dari semasa ke semasa bagi mengukuh aktiviti Amalan 5S serta amalan peningkatan kualiti yang lain. (Keperluan latihan yang diperlukan boleh dirujuk kepada hasil keputusan audit aktiviti Amalan 5S).
  • Latihan dijalankan oleh jawatankuasa atau fasilitator yang telah menghadiri latihan dalam bidang 5S.
  • Memastikan setiap warga Sektor Pengurusan diberi peluang untuk menghadiri latihan.

Jawatankuasa Promosi 5S
  • Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti promosi 5S untuk tempoh 6 hingga 12 bulan.
  • Memastikan pelaksanaan pelan promosi ke arah membina kesedaran Amalan 5S kepada semua warga Sektor Pengurusan.
  • Menganalisis keberkesanan aktiviti promosi yang telah dilaksanakan.
  • Merancang dan memperuntukkan perbelanjaan bagi memastikan aktiviti promosi dapat dilaksanakan sebagaimana yang dirancang.
  • Mencadangkan dan memberi ganjaran atau pengiktirafan kepada individu/ kumpulan yang turut serta atau memenangi aktiviti-aktiviti promosi
  • Melaporkan status pelaksanaan aktiviti dan tahap kesedaran 5S di kalangan warga Sektor Pengurusan kepada Jawatankuasa Pemandu.

Jawatankuasa Audit 5S
  • Membina kriteria audit yang bersesuaian – dapatkan maklum balas daripada ketua jabatan/ unit dan fasilitator.
  • Melantik juruaudit dalaman 5S.
  • Menentukan kekerapan aktiviti audit – pada peringkat awal audit perlu dilaksanakan lebih kerap.
  • Menyediakan laporan dan analisis keputusan audit.
  • Menyemak kriteria audit dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
  • Membantu dalam mengekalkan aktiviti 5S melalui Audit Dalaman.
  • Membina garis panduan untuk mengukur impak Audit.

No comments:

Post a Comment