Wednesday, 24 December 2014

Jawatankuasa Kerja - Fungsi

Jawatankuasa Latihan 5S
  • Menyediakan pelan latihan bagi memupuk kefahaman konsep dan Amalan 5S kepada warga Sektor Pengurusan.
  • Mengenalpasti jenis latihan yang diperlukan dari semasa ke semasa bagi mengukuh aktiviti Amalan 5S serta amalan peningkatan kualiti yang lain. (Keperluan latihan yang diperlukan boleh dirujuk kepada hasil keputusan audit aktiviti Amalan 5S).
  • Latihan dijalankan oleh jawatankuasa atau fasilitator yang telah menghadiri latihan dalam bidang 5S.
  • Memastikan setiap warga Sektor Pengurusan diberi peluang untuk menghadiri latihan.

Jawatankuasa Promosi 5S
  • Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti promosi 5S untuk tempoh 6 hingga 12 bulan.
  • Memastikan pelaksanaan pelan promosi ke arah membina kesedaran Amalan 5S kepada semua warga Sektor Pengurusan.
  • Menganalisis keberkesanan aktiviti promosi yang telah dilaksanakan.
  • Merancang dan memperuntukkan perbelanjaan bagi memastikan aktiviti promosi dapat dilaksanakan sebagaimana yang dirancang.
  • Mencadangkan dan memberi ganjaran atau pengiktirafan kepada individu/ kumpulan yang turut serta atau memenangi aktiviti-aktiviti promosi
  • Melaporkan status pelaksanaan aktiviti dan tahap kesedaran 5S di kalangan warga Sektor Pengurusan kepada Jawatankuasa Pemandu.

Jawatankuasa Audit 5S
  • Membina kriteria audit yang bersesuaian – dapatkan maklum balas daripada ketua jabatan/ unit dan fasilitator.
  • Melantik juruaudit dalaman 5S.
  • Menentukan kekerapan aktiviti audit – pada peringkat awal audit perlu dilaksanakan lebih kerap.
  • Menyediakan laporan dan analisis keputusan audit.
  • Menyemak kriteria audit dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
  • Membantu dalam mengekalkan aktiviti 5S melalui Audit Dalaman.
  • Membina garis panduan untuk mengukur impak Audit.

JAWATANKUASA

Jawatankuasa ini dianggotai oleh :

  • Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) sebagai Pengerusi
  • Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
  • Pengarah Bahagian Pentadbiran
  • Pengarah Bahagian Kewangan
  • Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat
  • Pengerusi Jawatankuasa Latihan
  • Pengerusi Jawatankuasa Promosi
  • Pengerusi Jawatankuasa Audit
  • Penyelaras Amalan 5S

Jawatankuasa Kerja 5S

  • Jawatankuasa Latihan 5S
  • Jawatankuasa Promosi 5S
  • Jawatankuasa Audit 5S

Tugas dan Tanggungjawab Jawatankuasa Pemandu

  • Menentukan arah keseluruhan pelaksanaan 5S.
  • Membentuk pelan pelaksanaan.
  • Menentukan belanjawan serta sumber-sumber kewangan.
  • Menetapkan polisi, peraturan serta garis panduan.
  • Mengenalpasti ahli jawatankuasa, pemudahcara dan ketua kumpulan.
  • Menetapkan sistem ganjaran.
  • Mengawasi dan menilai kemajuan pelaksanaan dengan jawatankuasa.
  • Mengawal kemajuan program dengan pembentukan standard yang sesuai berkaitan kebersihan.

DASAR AMALAN QE/5S Yayasan Perak


Objektif 5S Organisasi


  •   Mengamalkan semangat kerja berpasukan di mana semua staf Yayasan Perak dilibatkan secara langsung dalam aktiviti-aktiviti 5s seperti gotong-royong, pertandingan dan lawatan sepanjang tahun.
  •  Mewujudkan suasana persekitaran tempat kerja yang sentiasa bersih dari sampah, habuk, minyak dan kotoran serta bau dengan memastikan amalan sapu dilaksanakan seperti berikut : - Semua staf membersihkan tempat kerja sendiri setiap hari sebelum dan selepas kerja - Ahli kumpulan bergotong royong dalam aktiviti pembersihan tempat kerja mereka dalam minggu pertama setiap bulan - Semua staf bergotong royong bagi melaksanakan pembersihan setiap enam bulan sekali
  •  Mewujudkan persekitaran kerja yang selamat

  •  Terus berusaha memastikan pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan, kemudahan persekitaran Yayasan Perak

Logo 5s



Bunting QE/5S Yayasan Perak



Tuesday, 23 December 2014

APAKAH AMALAN 5S?

  • Amalan untuk wujudkan tempat kerja lebih produktif.
  • Mempastikan mesin dan alat kelengkapan menjadi bersih, berfungsi dan cekap tanpa masalah.
  • Membina budaya kerja yang positif dan dinamik.
  • 5S ialah lima perkataan Jepun iaitu Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke.
  • Amalan 5S meliputi pengetahuan teknikal,praktikal dan logik untuk menghasilkan penambahbaikan.
5S menyumbang kepada PKKPSM
Syarikat yang berjaya mengamalkan  5S :
  • Produktiviti -↑
  • Kualiti -  ↑
  • Kos -↓
  • Penghantaran- yang tepat
  • Selamat - di tempat kerja
  • Moral -↑

PENGENALAN 5S

Pengenalan
Pengenalan 5S Amalan 5S/QE adalah satu teknik pembersihan bertujuan mewujudkan persekitaran berkualiti secara sistematik dan praktikal. Melalui amalan ini tempat kerja menjadi lebih teratur dan selesa sepanjang masa. Oleh itu kerja akan menjadi lebih produktif, cekap, selamat dan menjimatklan kos. Justeru 5S adalah asas kepada sistem peningkatan kualiti dan perkhidmatan dan seterusnya menjadikan tempat kerja lebih efisien dan produktif ke arah kecemerlangan Yayasan Perak (YP)

Apa itu  5S?
 5s adalah Satu budaya kerja cemerlang di mana organisasi yang mengamalkannya boleh meningkatkan





MEMAHAMI PERSEKITARAN BERKUALITI MELALULI AMALAN 5S
YAYASAN PERAK